Sabtu, 21 September 2013


Apabila matinya kita, maka tiada harta yang boleh dibawa ke dalam kubur. Segalanya terpisah dari alam dunia selain tiga perkara yang pernah disebutkan oleh baginda Nabi Muhammad SAW. Di luar negara, terdapat seorang lelaki yang bergelarhartawan telah bertindak membeli sebuah kereta mewah yang dikenali sebagai Bentley. Kereta yang mencecah jutaan dollar ini mahu ditanam dalam sebuah lubang. Tindakan ini bertujuan supaya dirinya boleh menggunakan kereta berkenaan apabila mati kelak.
Kereta
Sao Paolo – Seorang usahawan kaya raya “Count Scarpa” menanam hartanya yang paling hebat iaitu sebuah kereta Bentley berharga £310,000 (RM1.5 juta) untuk memudahkan urusannya selepas dia mati kelak.
Dalam pengumuman di laman Facebooknya, lelaki berusia 62 tahun itu mengisytiharkan dia bercadang untuk meniru perbuatan Firaun dengan membawa bersama kekayaannya apabila mati kelak.
Esok (hari ini), dia akan menanam kereta Bentley Continental barunya bagi memastikan dia selesa dalam perjalanannya selepas mati.
Upacara itu dijadual berlangsung jam 11 pagi.
Dalam foto di rangkaian sosialnya, Count Scarpa dilihat berdiri di sebelah kenderaan berwarna hitam itu, model terbaru di pasaran dengan seekor burung kakak tua di lengannya dan menulis: “Saya mengisytiharkan untuk meniru perbuatan Firaun; minggu ini saya akan menanam kereta kegemaran saya, Bentley ini di taman dekat rumah saya! Tanam harta berhampiran istana saya!”
Count Scarpa berkata, dia menggali kubur itu dekat taman di belakang rumah agamnya di Jardins, satu daripada kawasan kejiranan golongan mewah di Sao Paolo.
Pada Selasa, dalam satu lagi foto, dia yang memakai tali leher merah jambu dan memegang penyodok berdiri di depan lubang yang dalam dengan kereta Bentley berkilat miliknya diletakkan di belakangnya.
Dia menulis: “Kepada mereka yang meragui saya, semalam saya sudah mula menggali lubang di taman untuk menanam Bentley saya! Hujung minggu ini, saya akan menanamnya.”
Ahli perniagaan itu yang mempunyai ijazah dalam bidang ekonomi dan juga jurulatih tali pinggang hitam serta pemilik Institut Aikido Maruyama, akademi seni pertahanan diri Jepun menjelaskan yang keputusannya untuk menanam harta bagi kemudahan selepas mati dibuat selepas menonton program Mesir purba minggu lalu.
“Saya menonton dokumentari mengenai Firaun yang sangat menarik. Mereka menanam semua harta untuk memperoleh kehidupan selesa selepas mati,” katanya.
Pada hari berikutannya, keputusan Count Scarpa untuk menanam kereta Bentley menerima lebih 5,680 like dan dikongsi lebih 6,000 orang.


Udang sememangnya akan digunakan dalam menghias makanan terutamanya di bahagian hidangan hotel dan majlis perkahwinan. Kali ini anda akan melihat seorang tukang masak di Taipei telah berjaya menghasilkan replika motosikal dengan menggunakan Udang Karang. Hasil ini kreatif memang cantik dan harus diberi pujian. Ia benar-benar mirip seperti sebuah motosikal yang berkuasa tinggi. Dari reka bentuk rodanya, badan motosikal semuanya serupa. Boleh lihat gambar di bawah ini.
motorsikal-udang
motorsikal-udang2
Taipei: Seorang tukang masak menghasilkan ciptaan menarik menggunakan kulit udang karang untuk menghasilkan motosikal miniatur sempena pameran seni makanan Fujian.
Saya tidak mahu kulit udang karang itu dibuang begitu saja selepas memasak dagingnya,” menurut Huang Mingbo.
Dengan kemahiran dan ketelitiannya, Huang mencipta motosikal mini itu lengkap dengan nombor pendaftaran dan cermin pandang sisi.
Bagaimanapun, ia tidak dilengkapi dengan enjin.

Khamis, 19 September 2013

[KEJAM] Rumah kebajikan ANIAYA Anak Yatim


Bekas penghuni rumah anak yatim berkenaan menunjukkan bagaimana mereka melakukan ‘pencak tarik power’ mengikut ajaran pemimpin pertubuhan itu

PUCHONG – “Anak yatim tidak dibenarkan sama sekali membancuh milo yang penderma sumbang, kalau hendak minum kena beli di kafe kepunyaan rumah kebajikan itu,”demikian dakwa Nur, bekas sukarelawan sebuah rumah kebajikan yang berselindung disebalik nama pertubuhan anak yatim di sini.

Katanya, anak yatim ditempatkan di rumah berkenaan boleh diibaratkan seperti pengemis kerana meskipun sumbangan diberi orang ramai melimpah ruah namun ia tidak dapat dinikmati mereka.

Lebih mengejutkan sumbangan wang tunai mencecah ribuan ringgit yang disumbangkan individu atau syarikat korporat, lenyap begitu sahaja dipercayai disalurkan kepada sebuah tabung lain dengan tujuan perniagaan.

Nur yang membongkarkan perkara terbabit berkata, segala-galanya bermula apabila dia mula menjadi sukarelawan di rumah kebajikan berkenaan pada 2007.
Nur mendedahkan penyelewengan berlaku di rumah amal berselindung di sebalik nama pertubuhan anak yatim kepada wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan.

Nur menunjukkan buku mengenai pemimpin agung pertubuhan itu.


1. Tembok Berlin – Jerman
















Tembok ini berdiri kokoh di kota Berlin selama 28 tahun, sebagai pengingat akan kejadian mengerikan selama Perang Dingin. Tembok ini seakan adalah bentuk nyata dari “Tirai Besi”.

Tembok ini berdiri mulai tahun 1961 sampai dengan 1989 yang berakhir dengan dihancurkannya tembok ini sebagai tindakan nyata dari berakhirnya Perang Dingin.


2. Tembok Kremlin – Moskwa

http://54candles.org/ElbrusKremlinWall.jpg
Tembok dari bata merah yang satu ini malah sudah berdiri selama 700 tahun. Panjang tembok ini mencapai 1,4 mil dan mengelilingi Lapangan Merah. Ada empat gerbang dari jaman abad pertengahan yang masih berdiri kokoh dengan 20 menara di sepanjang tembok ini.
Di dalam tembok ini terdapat mausoleum tempat bersemayam jenazah para pemimpin tertinggi Rusia seperti Stalin dan Brezhnev.

3. Tembok Barat – Yerusalem
http://kissanak.files.wordpress.com/2011/05/tembok-ratapan.jpg
Tembok yang dikenal juga dengan nama Tembok Ratapan ini, memiliki berbagai sejarah unik. Tembok yang dikenal sebagai al-Buraq ini adalah tempat dimana Nabi Muhammad memelihara kuda-kuda miliknya.
Sementara umat Yahudi menganggap bahwa tembok ini adalah tembok untuk meratapi kehancuran Sinagog Yahudi.

4. Tzompantli – Meksiko

Di reruntuhan Chichen Itza, Anda akan menemukan tembok Tzompantli, atau Tembok Tengkorak.
Sejarah tembok ini memang menyeramkan, di zaman suku Maya berkuasa, tengkorak korban ritual diletakkan di dalam tembok ini. Tembok ini sendiri dihiasi dengan relief-relief tengkorak dan juga berbagai gambar mengenai ritual yang ada pada masa tersebut.

5. Tembok Hadrian – Inggris
http://www.hadrians-wall-bed-and-breakfast.co.uk/images/index/hadrians_wall_cawfields.jpg

Tembok ini dibangun di abad ke dua karena kaisar Romawi pada saat itu, Hadrian, sudah bosan berperang. Tembok yang dibangun membentang dari Laut Utara sampai ke Laut Irlandia dan pada saat itu, tembok tersebut merupakan batas dari kekaisaran Romawi.

6. Medinet Habu – Mesir
http://farm5.static.flickr.com/4016/4327304701_a829c7a83d.jpg

Tembok yang dikenal sebagai Medinet Habu ini adalah tembok terakhir yang berdiri dari Kuil Persemayaman Ramsses III. Tembok ini dibangun pada abad 12 SM.
Tinggi tembok ini mencapai 60 kaki (hampir 18 meter) dan dipenuhi dengan 75.000 kaki persegi hiasan dan relief sejarah

7. Tembok Besar- China
http://www.crystalinks.com/chinawallarge.gif
Pembangunan tembok ini dimulai pada tahun 221 SM dan terus berkembang sampai 17 Abad. Tembok ini tmemiliki panjang 4.000 mil. Sebagian besar tembok ini pernah digunakan oleh para atlet balap sepeda selama Olimpiade Musim panas 2008.

8. Santa Maria delle Grazie – Italia
http://www.virtualsorrento.com/risorse/images/arti/chiese_monumenti/sm_grazie-altare.jpg

Mungkin Anda tidak pernah mendengar namanya. Tapi Anda pasti tahu mengenai lukisan “Makan Malam Terakhir” karya Leonardo Da Vinci.
Lukisan dinding (mural) buatan Leonardo ini dibuat di tembok ini. Lukisan “Makan Malam Terakhir” ini diselesaikan pada 1498. Walaupun sebagian besar tembok biara ini hancur pada 1943, tapi tembok yang satu ini sama sekali tidak tersentuh!

9. Monster Hijau – Boston
http://www.chriskuzneski.com/tour/cross_files/fenway_moster.jpg

Para pecinta olahraga tidak akan melupakan tembok setinggi 37 kaki (10 meter) yang dinamakan Green Monster di Fenway Park, Boston. Tembok yang pernah hancur pada 1934 karena kebakaran, kembali dibangun dan terus diperbaharui.
Tembok ini sekarang dibangun dengan dilapisi plastik keras dengan dihiasi papan angka model kuno, sebagai kenangan atas masa lalu.

10. Tembok Memorial Veteran Vietnam, Washington, AS
http://cdn.wn.com/pd/87/85/3653c90eec4b0870e3a2c3813291_grande.jpg

Tembok yang satu ini memang bukan tembok tertua, tapi setidaknya tembok ini selalu dikunjungi banyak orang tiap tahun. Tembok ini selesai dibangun pada 1982 dan ditorehkan nama-nama lebih dari 58.000 tentara Amerika yang gugur atau hilang selama operasi di Vietnam pada 1959 sampai 1975.

TASHA SHILLA TEMAN 'KHALWAT' MAHALI???




Pelakon Tasha Shilla kecewa apabila dituduh sebagai pasangan yang ditangkap khalwat dengan seorang pemain bola sepak baru-baru ini.

Tasha, 26, berkata, perkara tersebut adalah tidak benar dan sangat memalukan dirinya dan keluarga.

"Saya sedih dan kecewa bila orang mengaitkan saya dengan isu pemain bola sepak yang ditangkap khalwat hanya kerana saya berkawan dengan Mahali Jasuli.

"Ketika mendengar tentang khabar angin itu saya sangat terkejut dan nasib baik ibu bapa saya tahu saya berada dimana ketika itu dan faham dengan situasi tersebut," katanya kepada mStar Online.

Tasha ditemui pada majlis peragaan busana ceongsam The Weld Oriental Rhapsody melibatkan pereka fesyen terkenal seperti Bill Keith, Keith See, Shanghai Sin, Ms Chinese Cosmos dan penaja barang kemas Raflessia di The Weld, pada Selasa lalu.

Tambah Tasha, dia tidak mahu dikaitkan dengan apa-apa kontroversi termasuk prestasi pemain bola sepak Harimau Malaya itu yang dikatakan semakin merudum sejak bercinta dengannya.

"Dari awal lagi saya dah nyatakan yang saya hanya berkawan dengan Mahali. Saya sokong dia sebagai kawan, bukan teman istimewa.

"Kenapa mahu libatkan saya kalau dia tak beraksi cemerlang? Kenapa bila dia tunjukkan prestasi cemerlang, tidak pula orang sebut nama saya, itu kena tanyalah pada jurulatih dia, Rajagobal," katanya.

Tambah Tasha, dia kini lebih selesa menganggap hubungannya dengan pemain bola sepak itu sebagai kawan dan tidak lebih daripada itu.