Khamis, 5 September 2013

KARPAL NI MEMANG SAJA CARI PENYAKIT!!!




Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini menyeru Putrajaya supaya membenarkan bekas pemimpin dan anggota Komunis yang dilarang memasuki negara ini untuk pulang ke tanah air.

Gesaan itu dibuat Karpal, selepas kenyataan bekas Timbalan Ketua Pengarah Cawangan Khas Yuen Yuet Leng, yang membuat gesaan sama seperti dilaporkan media sebelum ini.

"Ianya dibuat oleh bekas musuh Komunis dan semestinya diberi pertimbangan serius," kata Karpal merujuk kepada gesaan Yuet Leng.

"Saya menyokong supaya kerajaan membenarkan Chin Peng dan bekas anggota Komunis kembali ke tanah air," katanya.

Karpal juga menyuarakan keyakinan bahawa keturunan mereka yang dizalimi pengganas Komunis ketika era Kemerdekaan negara akan memaafkan mereka.

"Masa berlalu dan tiba masanya untuk memaafkan," katanya.

Malaysia, tegas Karpal, boleh menjalinkan hubungan diplomatik dengan Jepun selepas Kemerdekaan, namun kenapa tidak Komunis yang telah 24 tahun meletakkan senjata api mereka.

"Jepun melakukan kesalahan yang lebih serius, namun hubungan diplomatik antara Jepun dan Malaysia bermula selepas 12 tahun Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia II," katanya.

"Ia contoh terbaik untuk Malaysia izinkan Chin Peng dan anggotanya kembali ke Malaysia," kata Karpal, yang juga ahli Parlimen Tasik Gelugor.

Yuen dipetik laporan media berkata proses pembaikan negara tertangguh sejak sekian lama. "Perang telah tamat... pembaikan sebenar lama tertangguh," katanya. 

0 comments:

Catat Ulasan