Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan

Khamis, 19 September 2013

[KEJAM] Rumah kebajikan ANIAYA Anak Yatim


Bekas penghuni rumah anak yatim berkenaan menunjukkan bagaimana mereka melakukan ‘pencak tarik power’ mengikut ajaran pemimpin pertubuhan itu

PUCHONG – “Anak yatim tidak dibenarkan sama sekali membancuh milo yang penderma sumbang, kalau hendak minum kena beli di kafe kepunyaan rumah kebajikan itu,”demikian dakwa Nur, bekas sukarelawan sebuah rumah kebajikan yang berselindung disebalik nama pertubuhan anak yatim di sini.

Katanya, anak yatim ditempatkan di rumah berkenaan boleh diibaratkan seperti pengemis kerana meskipun sumbangan diberi orang ramai melimpah ruah namun ia tidak dapat dinikmati mereka.

Lebih mengejutkan sumbangan wang tunai mencecah ribuan ringgit yang disumbangkan individu atau syarikat korporat, lenyap begitu sahaja dipercayai disalurkan kepada sebuah tabung lain dengan tujuan perniagaan.

Nur yang membongkarkan perkara terbabit berkata, segala-galanya bermula apabila dia mula menjadi sukarelawan di rumah kebajikan berkenaan pada 2007.
Nur mendedahkan penyelewengan berlaku di rumah amal berselindung di sebalik nama pertubuhan anak yatim kepada wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan.

Nur menunjukkan buku mengenai pemimpin agung pertubuhan itu.

Daging Lembu Palsu.... Daging Babi Rupanya?!


Nampaknya ramai umat Islam di sana dah termakan daging babi. Syukur Alhamdulillah disini kira masih sensitif berkenaan BABI. Inilah contoh negara Komunis memerintah, macam haram jadah perangainya.

Minggu ini, polis di wilayah Xian melaporkan bahawa mereka telah menemui dan merampas lebih daripada 22 tan daging lembu palsu di sebuah kilang tempatan. Dapatkan ini: “daging lembu” sebenarnya dibuat dari daging babi (yang jauh lebih murah daripada daging lembu) yang telah dirawat dengan bahan kimia termasuk lilin parafin dan garam industri untuk membuat ia kelihatan seperti ia datang dari lembu. Shanghiist laporan bahawa kilang yang dijual lebih daripada 1,500 kilogram (3,000 paun) daging lembu 
palsu untuk pasaran tempatan 
pada kira-kira 25 kepada 35 yuan (RM13-RM18) sekilo. Enam bengkel yang telah menghasilkan daging lembu palsu telah ditemui dan ditutup.

Keratan Akhbar TempatanIni bukan contoh pertama daging palsu yang dijual di China. Pada bulan Mei tahun ini, Perubatan harian melaporkan bahawa 904 orang telah ditangkap di China untuk “kesalahan daging berkaitan” dalam tempoh tiga bulan pada awal tahun 2013. Termasuk dalam tangkapan adalah satu geng Crooks daging yang dibuat lebih 10 juta yuan ($ 1.6 juta) dengan menjual tikus, musang, cerpelai dan daging di pasar. Ini menjadikan kita tertanya-tanya apa makanan penyamar kita boleh makan, yang seterusnya membuatkan kita sangat, sangat tidak selesa - www.pengguna.smktiwa.edu.myDaeng Kata : Daging palsu ini hasil dari campuran daging ayam dan babi yang kemudian diperap selama 60-90 minit dengan sedikit daging lembu. Bahan untuk perap yang digunakan ini boleh merosakkan organ dalaman manusia dan boleh 
membawa penyakit barah serta macam macam masalah kegagalan fungsi tubuh.Aku ingat cinta je palsu..daging pun depa buat?Patut la kerajaan kurangkan import daging luar...DAGING BABI RUPANYA?!

Sabtu, 14 September 2013

Sadis! Budak Maut Dihempap TV Di Pusat Asuhan



Sadis! Budak Maut Dihempap TV Di Pusat Asuhan. Seorang bayi perempuan maut selepas kepalanya dipercayai dihempap televisyen berukuran 29 inci
Gombak: Seorang bayi perempuan maut selepas kepalanya dipercayai dihempap televisyen berukuran 29 inci (73.6 sentimeter) di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Taman Bersatu, Rawang, dekat sini, semalam.
Mangsa, Rabiatul Adawiyah Adlan Zulkarnain yang berusia setahun lapan bulan dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Selayang akibat parah di kepala.
Berikutan itu, bapanya Adlan Zulkarnain Mustafa, 40, membuat laporan di Balai Polis Rawang.
Menceritakan kejadian itu Adlan berkata, dia menghantar mangsa bersama seorang lagi anak perempuannya berusia empat tahun ke pusat asuhan terbabit jam 6.20 pagi sebelum dia ke tempat kerja di sebuah bank di Kuala Lumpur.
“Bagaimanapun, 10 minit kemudian saya menerima panggilan telefon daripada pengasuh itu memberitahu kepala anak saya dihempap televisyenSumber

Khamis, 5 September 2013


RUPA-RUPA KETUA GANGSTER YANG MENJADI KETUA PARTI PERINGKAT BAHAGIAN ADALAH DARI MCA, RAKAN PALING KARIB UMNO !!!!.. JOM LIHAT WAJAH KETUA GANGSTER TERSEBUT!!!



Bekas ketua gangster yang didakwa kini menceburi dunia politik dalam MCA tidak lagi berada dalam parti tersebut, kata polis.

Penolong Ketua Pengarah Bahagian Kongsi Gelap dan Perjudian Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata bekas ketua bahagian parti itu juga merupakan ketua gangster Sio Sam Ong.

Polis mendedahkan nama gangster tersebut Ong King Ee @ Jackie Chan bekas Ketua Bahagian Gurney MCA, Pulau Pinang dan juga ketua gangster.

Zaman memberitahu Bernama semalam bahawa beliau telah menangkap ketua gangster berkenaan di Thailand sebelum ia dibawa ke sini.

Identiti Chan dalam parti terdedah apabila terdapat satu gambar pada 2001 menunjukkan ketua gangster itu berjabat tangan dengan bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting sewaktu kemuncak krisis parti tersebut.

Ia selepas Ketua Pemuda pada ketika itu, Datuk Seri Ong Tee Keat mendakwa MCA dipengaruhi kongsi gelap.

Ka Ting kemudiannya mengakui mengenali Chan dan beliau juga tahu bahawa lelaki itu mempunyai rekod tahanan EO ketika menyertai MCA pada 2000.

"Chan merupakan bekas kepala naga Sio Sam Ong (Tiga Maharaja) dimana kumpulan itu aktif di kawasan utara. Ahli kumpulan mereka bercakap menggunakan dialek Hokkien.

Kumpulan itu dikehendaki pada 1992 apabila terbabit dalam kes pembunuhan di sambutan pra perkahwinan di Sunga Petani Kedah menyaksikan enam maut ditembak.

Pada Julai 2003, Chan menghantar surat perletakan jawatannya melalui kiriman fax di Ibu Pejabat MCA Pulau Pinang.

Menurut sumber parti di Pulau Pinang, berikutan dari publisiti yang diterima amat meluas, Chan telah meninggalkan negara. Difahamkan dia kini di negara jiran.

Penyokongnya yang turut menyertai MCA bersamanya dilaporkan meninggalkan parti setelah perletakan jawatan Chan.

Abdul Jalil berkata Ops Cantas yang giat dijalankan sekarang tidak mendedahkan penglibatan sebarang ahli poltik dalam kongsi gelap atau kumpulan gangster.

Dia juga berkata sesetengah yang dulunya bekas kumpulan gelap kemudiannya memasuki dunia politik adalah "bersih"

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata hari ini pihak berkuasa telah mengenal pasti ahli politik yang dulunya merupakan bekas kumpulan gangster.

Zahid menolak untuk mendedahkan nama ahli politik tersebut dengan berkata mereka merupakan bekas kumpulan, tidak terlibat dan kini berubah menjadi baik.

Abdul Jalil berkata polis akan meneruskan siasatan terhadap 49 lagi kumpulan kongsi gelap dimana ia telah didedahkan oleh Zahid minggu lalu.

Semakan menunjukkan pembabitan ahli politik dan kumpulan gangster berkerjasama bukanlah perkara baru.
Ini kerana pada 2004 pemimpin MCA di Labuan telah ditangkap kerana disyaki terlibat dalam aktiviti jahat.

Pemimpin tersebut berusia 40 tahun dikatakan menjadi ketua jenayah di Labuan. Kegiatan pemimpin tersebut telah dipantau beberapa bulan sebelum ditahan.

Satu lagi naib ketua bahagian MCA, ditembak mati di Kota Kechil, Johor pada 2004. Dia didakwa terlibat dalam kegiatan perjudian haram.

Beliau juga memegang jawatan Ketua Dewan Perdagangan Cina Kota Tinggi dan dipercayai merupakan dalang pergerakan sindiket di Johor.‎




Nibong Tebal: Seorang lelaki cedera parah akibat ditembak di bahagian dada ketika sedang memberhentikan keretanya di Kawasan Perniagaan Taman Merak hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 3.15 petang itu, mangsa yang merupakan pengusaha restoran itu terkena satu das tembakan yang dilepaskan seorang lelaki bermotosikal.

Difahamkan, mangsa yang berusia 40-an itu memberhentikan keretanya untuk ke restoran berhampiran dan bertemu rakannya sebelum didatangi dua lelaki yang menaiki motosikal jenis Honda.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, salah seorang suspek dipercayai melepaskan empat das tembakan ke arah cermin depan dan sisi kereta mangsa.

"Salah satu das tembakan mengenai dada mangsa dan suspek kemudiannya melarikan diri sehingga ke Jalan Perusahaan Bukit Minyak.

"Walau bagaimanapun, motosikal terbabit mengalami kerosakan dan ditinggalkan kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian.

"Kedua-dua suspek meninggalkan motosikal mereka di tepi jalan sebelum dipercayai diambil oleh rakan mereka dengan menaiki sebuah kereta," katanya.

Beliau berkata, polis turut menemui sarung pistol, dua topi keledar dan baju yang ditinggalkan suspek di kawasan itu.

"Mangsa dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan kini dilaporkan stabil.

"Siasatan awal mendapati motosikal dan kereta yang dinaiki suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu.

"Tidak mustahil kes ini mempunyai kaitan dengan kejadian tembakan rambang yang mencederakan enam pelanggan di kedai kopi milik mangsa di Taman Kasawari, Simpang Ampat pada 23 Ogos lalu," katanya.

Mazlan memaklumkan, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan pihak polis turut akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di lokasi kejadian.

KARPAL NI MEMANG SAJA CARI PENYAKIT!!!




Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini menyeru Putrajaya supaya membenarkan bekas pemimpin dan anggota Komunis yang dilarang memasuki negara ini untuk pulang ke tanah air.

Gesaan itu dibuat Karpal, selepas kenyataan bekas Timbalan Ketua Pengarah Cawangan Khas Yuen Yuet Leng, yang membuat gesaan sama seperti dilaporkan media sebelum ini.

"Ianya dibuat oleh bekas musuh Komunis dan semestinya diberi pertimbangan serius," kata Karpal merujuk kepada gesaan Yuet Leng.

"Saya menyokong supaya kerajaan membenarkan Chin Peng dan bekas anggota Komunis kembali ke tanah air," katanya.

Karpal juga menyuarakan keyakinan bahawa keturunan mereka yang dizalimi pengganas Komunis ketika era Kemerdekaan negara akan memaafkan mereka.

"Masa berlalu dan tiba masanya untuk memaafkan," katanya.

Malaysia, tegas Karpal, boleh menjalinkan hubungan diplomatik dengan Jepun selepas Kemerdekaan, namun kenapa tidak Komunis yang telah 24 tahun meletakkan senjata api mereka.

"Jepun melakukan kesalahan yang lebih serius, namun hubungan diplomatik antara Jepun dan Malaysia bermula selepas 12 tahun Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia II," katanya.

"Ia contoh terbaik untuk Malaysia izinkan Chin Peng dan anggotanya kembali ke Malaysia," kata Karpal, yang juga ahli Parlimen Tasik Gelugor.

Yuen dipetik laporan media berkata proses pembaikan negara tertangguh sejak sekian lama. "Perang telah tamat... pembaikan sebenar lama tertangguh," katanya.