Udang sememangnya akan digunakan dalam menghias makanan terutamanya di bahagian hidangan hotel dan majlis perkahwinan. Kali ini anda akan melihat seorang tukang masak di Taipei telah berjaya menghasilkan replika motosikal dengan menggunakan Udang Karang. Hasil ini kreatif memang cantik dan harus diberi pujian. Ia benar-benar mirip seperti sebuah motosikal yang berkuasa tinggi. Dari reka bentuk rodanya, badan motosikal semuanya serupa. Boleh lihat gambar di bawah ini.
Taipei: Seorang tukang masak menghasilkan ciptaan menarik menggunakan kulit udang karang untuk menghasilkan motosikal miniatur sempena pameran seni makanan Fujian.
“Saya tidak mahu kulit udang karang itu dibuang begitu saja selepas memasak dagingnya,” menurut Huang Mingbo.
Dengan kemahiran dan ketelitiannya, Huang mencipta motosikal mini itu lengkap dengan nombor pendaftaran dan cermin pandang sisi.
Bagaimanapun, ia tidak dilengkapi dengan enjin.
0 comments:
Catat Ulasan