Memaparkan catatan dengan label Berita Luar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita Luar. Papar semua catatan

Sabtu, 21 September 2013


Apabila matinya kita, maka tiada harta yang boleh dibawa ke dalam kubur. Segalanya terpisah dari alam dunia selain tiga perkara yang pernah disebutkan oleh baginda Nabi Muhammad SAW. Di luar negara, terdapat seorang lelaki yang bergelarhartawan telah bertindak membeli sebuah kereta mewah yang dikenali sebagai Bentley. Kereta yang mencecah jutaan dollar ini mahu ditanam dalam sebuah lubang. Tindakan ini bertujuan supaya dirinya boleh menggunakan kereta berkenaan apabila mati kelak.
Kereta
Sao Paolo – Seorang usahawan kaya raya “Count Scarpa” menanam hartanya yang paling hebat iaitu sebuah kereta Bentley berharga £310,000 (RM1.5 juta) untuk memudahkan urusannya selepas dia mati kelak.
Dalam pengumuman di laman Facebooknya, lelaki berusia 62 tahun itu mengisytiharkan dia bercadang untuk meniru perbuatan Firaun dengan membawa bersama kekayaannya apabila mati kelak.
Esok (hari ini), dia akan menanam kereta Bentley Continental barunya bagi memastikan dia selesa dalam perjalanannya selepas mati.
Upacara itu dijadual berlangsung jam 11 pagi.
Dalam foto di rangkaian sosialnya, Count Scarpa dilihat berdiri di sebelah kenderaan berwarna hitam itu, model terbaru di pasaran dengan seekor burung kakak tua di lengannya dan menulis: “Saya mengisytiharkan untuk meniru perbuatan Firaun; minggu ini saya akan menanam kereta kegemaran saya, Bentley ini di taman dekat rumah saya! Tanam harta berhampiran istana saya!”
Count Scarpa berkata, dia menggali kubur itu dekat taman di belakang rumah agamnya di Jardins, satu daripada kawasan kejiranan golongan mewah di Sao Paolo.
Pada Selasa, dalam satu lagi foto, dia yang memakai tali leher merah jambu dan memegang penyodok berdiri di depan lubang yang dalam dengan kereta Bentley berkilat miliknya diletakkan di belakangnya.
Dia menulis: “Kepada mereka yang meragui saya, semalam saya sudah mula menggali lubang di taman untuk menanam Bentley saya! Hujung minggu ini, saya akan menanamnya.”
Ahli perniagaan itu yang mempunyai ijazah dalam bidang ekonomi dan juga jurulatih tali pinggang hitam serta pemilik Institut Aikido Maruyama, akademi seni pertahanan diri Jepun menjelaskan yang keputusannya untuk menanam harta bagi kemudahan selepas mati dibuat selepas menonton program Mesir purba minggu lalu.
“Saya menonton dokumentari mengenai Firaun yang sangat menarik. Mereka menanam semua harta untuk memperoleh kehidupan selesa selepas mati,” katanya.
Pada hari berikutannya, keputusan Count Scarpa untuk menanam kereta Bentley menerima lebih 5,680 like dan dikongsi lebih 6,000 orang.

Khamis, 12 September 2013

Terry Jones (Foto: AP)


FLORIDA - Seorang pastor di Amerika Syarikat (AS) mempunyai cara keji untuk memperingati serangan 11 September atau 9/11. Pastor itu berniat untuk membakar hampir 3,000 kitab suci Al-Quran.

Namun hasrat pastor kontroversi Terry Jones ini berjaya dicegah oleh pihak keselamatan tempatan. Jones ditangkap oleh timbalan sheriff setempat, lengkap dengan 2.998 alquran yang dibawanya dengan trak.

Jones ditangkap bersama dengan pembantunya Marvin Sapp Jr. Mereka berdua ditangkap atas tindakan jenayah selepas trak yang mereka bawa ditahan oleh pihak sheriff di Bandar Mulberry. Demikian diberitakan Telegraph, Khamis (12/9/2013).

Ketika ditangkap, lori itu disertai sebuah gril yang dipenuhi dengan Al-Quran yang sudah basah dengan petrol. Lelaki berusia 61 tahun itu mengaku tengah menuju taman tempatan untuk membakar 2.998 Al-Quran, sebagai mewakili setiap mangsa dalam serangan 11 September 2001 di New York dan Washington.

Datuk Bandar Mulberry bersama dengan pegawai-pegawai tempatan yang lain dan warga, menekankan pentingnya mengungkapkan rasa hormat dan toleransi tiap umat beragama berkaitan dengan peringatan serangan 11 September.

Jones adalah pastor dari gereja kecil di Florida. Dirinya mengundang perhatian pertama kali pada 2010 ketika merancang untuk membakar Al-Quran pada peringatan serangan 9/11 ketika itu. Namun rancangan itu dibatalkan.

Pengikut Jones berjaya membakar kitab suci umat Islam itu pada Mac 2011 dan mempromosikan sebuah filem anti-Islam. Insiden-insiden tersebut mencetuskan terjadinya kekerasan berdarah di Timur Tengah dan Afghanistan