Khamis, 12 September 2013

Terry Jones (Foto: AP)


FLORIDA - Seorang pastor di Amerika Syarikat (AS) mempunyai cara keji untuk memperingati serangan 11 September atau 9/11. Pastor itu berniat untuk membakar hampir 3,000 kitab suci Al-Quran.

Namun hasrat pastor kontroversi Terry Jones ini berjaya dicegah oleh pihak keselamatan tempatan. Jones ditangkap oleh timbalan sheriff setempat, lengkap dengan 2.998 alquran yang dibawanya dengan trak.

Jones ditangkap bersama dengan pembantunya Marvin Sapp Jr. Mereka berdua ditangkap atas tindakan jenayah selepas trak yang mereka bawa ditahan oleh pihak sheriff di Bandar Mulberry. Demikian diberitakan Telegraph, Khamis (12/9/2013).

Ketika ditangkap, lori itu disertai sebuah gril yang dipenuhi dengan Al-Quran yang sudah basah dengan petrol. Lelaki berusia 61 tahun itu mengaku tengah menuju taman tempatan untuk membakar 2.998 Al-Quran, sebagai mewakili setiap mangsa dalam serangan 11 September 2001 di New York dan Washington.

Datuk Bandar Mulberry bersama dengan pegawai-pegawai tempatan yang lain dan warga, menekankan pentingnya mengungkapkan rasa hormat dan toleransi tiap umat beragama berkaitan dengan peringatan serangan 11 September.

Jones adalah pastor dari gereja kecil di Florida. Dirinya mengundang perhatian pertama kali pada 2010 ketika merancang untuk membakar Al-Quran pada peringatan serangan 9/11 ketika itu. Namun rancangan itu dibatalkan.

Pengikut Jones berjaya membakar kitab suci umat Islam itu pada Mac 2011 dan mempromosikan sebuah filem anti-Islam. Insiden-insiden tersebut mencetuskan terjadinya kekerasan berdarah di Timur Tengah dan Afghanistan

0 comments:

Catat Ulasan