Khamis, 12 September 2013


Kebiasaannya di Malaysia, penerbangan domestikhanya mengambil masa lebih kurang 45 minit ke 1 jam kecuali Sabah & Sarawak. Bagaimanapun, percayakah kita bahawa terdapat satu penerbangan yang dikatakan hanya mengambil masa cuma 47 saat sahaja? Eh ke mana tu? Rupa-rupanya penerbangan ini adalah di antara kawasan pulau Westray ke Pulau Papa Westray. Jarak di antara kedua-dua pulau ini hanya sejauh 2.7 KM sahaja. Memang unik, hanya beberapa minit sahaja diperlukan untuk kita berada dalam kapal terbang tersebut.
terbang1
Penerbangan domestik ini telah disenaraikan sebagai yang terpendek di dunia kerana perjalanan dari pulau Westray ke pulau Papa Westray hanya memakan masa 47 saat. Jarak dua pulau ini hanyalah 2.7 km. Harga tiket seorang untuk penerbangan ini adalah RM90 tanpa sebarang servis di kabin. Menurut kajian, kebanyakkan penumpang adalah mereka yang bekerja di pulau Papa Westray termasuk pegawai kesihatan dan guru. Selain itu, Papa Westray cuma mencatat bilangan penduduk 70 orang.
terbang2
terbang3
terbang4
terbang5

0 comments:

Catat Ulasan