Khamis, 12 September 2013

Katak Gergasi Makan Tikus Hidup-Hidup!





Katak yang biasa dilihat di Malaysia tak lebih besar dari tikus. Tapi ada katak yang beratnya mencapai 4 pon atau hanpir 2 kilogram. Itulah Katak Afrika yang hidup di Mozambique.

Seperti dikeluarkan the sun (3/11), gambar Katak gergasi ini sedang menelan tikus masih tampak kepalanya di hujung mulut. Tikus yang ditangkap katak gergasi itu hanya setanding dengan kaki Katak Raksasa.

Mengerikan dan menjijikkan kelihatannya. Tapi itulah fakta di Afrika dengan kekayaan haiwan dan fauna yang ekstrim dan unik.

Katak raksasa ini bergigi tajam, warnanya hijau kehitaman berkilat dan kakinya seperti kaki biawak. Ada sedikti warna kuning kemerahan di beberapa bahagian tubuhnya.

Dengan giginya yang tajam dan rahang kuat, katak ini membolehkan untuk menggigit mangsanya berupa reptilia, burung bahkan ular berbisa. Setelah beberapa saat digigit mangsa itu disimpan sebentar di rongga mulutnya.

Dengan giginya yang tajam dan rahang kuat, katak ini membolehkan untuk menggigit mangsanya berupa reptilia, burung bahkan ular berbisa. Setelah beberapa saat digigit mangsa itu disimpan sebentar di rongga mulutnya.

Bayangkan sahaja betapa besar katak ini sehingga mampu melahap ular kobra, tikus atau burung yang sedang hinggap di habitatnya. Bererti katak ini mampu bergerak cepat dan sanggup menyerang siapa pun yang menyentuhnya. Sifatnya tergolong agresif dan lebih berani berbanding katak lain di Malaysia.


Tikus makan bayi? Seperti agak sukar diterima dek akal kerana apa yang kita tahu, tikus mempunyai saiz yang sangat kecil. Namun begitu, jangan nafikan tentang bahaya gigitan tikus ini. Apatah lagi, tikus yang mahu kongsikan ini adalah antara spesis yang paling besar di dunia. Saiz yang menyerupai seperti seekor kucing sudah cukup menjadikan bayi sebagai sasaran mangsanya. Sungguh ngeri apabila mengetahui dua orang bayi kecil ini menjadi mangsa seekor tikus gergasi.
tikus
Cape Town | Afrika Selatan diserang tikus. Bukan tikus biasa, tikus-tikus ini sebesar seekor kucing. Dengan ukuran sebesar itu, tikus-tikus itu mencari mangsa yang cukup besar iaitu Bayi.
Tikus itu boleh membesar hingga hampir satu meter, dari muncong hingga ekor. Sementara gigi depannya sepanjang 2,5 cm.
Minggu ini sahaja sudah berlaku dua tragedi yang mengerikan.
Tikus-tikus raksasa memakan dua orang bayi dalam dua peristiwa berbeza. Lunathi Dwadwa, 3 tahun terbunuh dalam tidurnya di kawasan perumahan di luar Cape Town. Sementara seorang bayi lain menjadi mangsa tikus di Soweto, tak jauh dari Johannesburg pada hari yang sama.
Lunathi ditemukan terbunuh dalam keadaan mengerikan oleh orangtuanya, pada 29/5/2011. Tidak ada tangisan ataupun jeritan sebelumnya.
“Saya tidak dapat melupakan betapa mengerikan keadaan anak saya. Matanya terkeluar. Wajahnya rosak dari alis hingga pipi,” kata Bukiswa Dwadwa (27 tahun), ibu bayi itu.
“Tidak ada yang boleh melakukannya kecuali tikus,” ujar Mncedisi Mokoena, ayah Lunathi.
Beberapa jam kemudian, polis menemukan kes yang serupa. Seorang bayi perempuan diserang segerombolan tikus besar ketikan ibunya yang masih remaja pergi dengan teman-temannya.
“Kami mendapat panggilan dari lokasi kejadian, tentang terbunuhnya bayi tersebut akibat serangan tikus,” kata polis bernama Bongai Mhlongo.
“Kami menahan ibunya dengan tuduhan kelalaian yang mengakibatkan kematian,” tambahnya.
Bulan lalu, Nomathemba Joyi (77) juga tewas setelah tikus-tikus raksasa memakan sisi kanan wajahnya.
Di kawasan perumahan Afrika Selatan, tikus raksasa biasa ditemukan di tempat-tempat sampah.
Tikus-tikus itu diyakini termasuk jenis African Giant Pouched Rats, salah satu jenis tikus terbesar dunia.
Mereka lebih aktif di malam hari, pemakan segala, dan boleh membiakkan 50 anak dalam setahun. Beberapa suku di Afrika mengembangbiakkan tikus jenis itu untuk dimakan.

Selasa, 10 September 2013


Koleksi gambar-gambar dibawah ini menunjukkan pemandangan menakjubkan sebuah bandar yang secara keseluruhannya telah muncul dari tasik kira-kira lima tahun selepas ia tenggelam berikutan gempa bumi yang berlaku secara besar-besaran.


Hampir 10 buah bangunan termasuk rumah, pejabat dan sekolah rendah telah beransur-ansur muncul dari air selepas bandar Xuanping musnah pada tahun 2008.

Satu gempa bumi berukuran 8.0 pada skala Richter melanda kampung di Beichuan County, Wilayah Sichuan menyebabkan ia tenggelam sepenuhnya oleh air tasik bersebelahan.

Pada bulan Julai lalu, tebing tasik yang mengalami kerosakkan teruk selepas banjir terbesar dalam 50 tahun di China te;ah menyebabkan air banjir untuk kembali surut.

Paras air kini telah jatuh dari 712 meter di atas paras laut kepada 703 meter, menyebabkan kemunculan semula bandar berkenaan. 

Malah, bendera kebangsaan China yang tergantung di tiang sekolah rendah Xuanping turut masih berada di tempat asalnya seolah-olah menanti untuk berkibar semula.

Kebanykkan mereka yang pernah tinggal di bandar itu telah kembali ke kawasan tersebut untuk melihat kesan peninggalan yang ada di sekitar bekas rumah mereka.

Kuarters kediaman kakitangan kerajaan dan unit pejabat muncul dari dalam air bersama-sama dengan bangunan lain dan kira-kira 10 buah rumah.

Kemunculan semula bandar itu amat serupa dengan sebahagian daripada jalan cerita dalam rancangan sensasi, Channel 4 iaitu The Returned.

Rancangan bersiri Perancis yang dijalankan di bandar gunung kecil di mana ramai orang mati muncul semula, seolah-olah mereka masih hidup dan normal.



Pembinaan yang sungguh mantap dan mampu menampung berat kereta api. 

salute... 





















Seekor kucing yang hidup ketika zaman pentadbiran Margaret Thatcher sebagai Perdana Menteri Britain kini menunggu masa untuk memegang gelaran kucing paling tua hidup di dunia kerana ia bakal menyambut hari lahirnya yang ke-28.


Kucing itu yang bernama Cola, jika dikira berdasarkan umur kucing bersamaan dengan 140 tahun dan ia dimiliki oleh seorang wanita Mary Goldsmith yang kini berumur 66 tahun.

Jika umur Cola disahkan, Cola akan memegang gelaran rasmi dari Guinness World Records sebagai kucing paling tua hidup di dunia merampas gelaran itu dari Pinky kucing yang berumur 23 tahun yang dilahirkan pada 31 Oktober 1989 yang tinggal di Kansas Amerika Syarikat bersama pemiliknya Linda Anno.

Cola yang tinggal di Orpington di Kent, dilahirkan pada tahun 1985 menurut pemiliknya menjadikannya kucing paling tua.

Di Britain ada seekor lagi kucing dikatakan berumur 27 tahun bernama Wadsworth seekor kucing dari Bedfordshire menyambut hari lahirnya pada Mac lepas adalah kucing tertua di Britain selepas Cola.

Bagaimanapun, sehingga hari ini Wadsworth tidak memiliki sebarang rekod rasmi miliknya.